عن عَمَّارٌ بن ياسر رضي الله عنه قال : " مَنْ صَامَ الْيَوْمَ الَّذِي يَشُكُّ فِيهِ النَّاسُ ، فَقَدْ عَصَى أَبَا الْقَاسِمِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ "
Ammar Ibnu Yasir Radiyallaahu 'anhu berkata: Barangsiapa berpuasa pada hari yang meragukan, maka dia telah derhaka kepada Abul Qasim (Nabi Muhammad) Shallallaahu 'alaihi wa Sallam.
Hadith mu'allaq ( tergantung sanad ) di dalam riwayat Bukhari. Lima imam hadith lain menilainya maushul ( bersambung sanad ) , sedang Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban menilainya sebagai hadith shahih.
Pedoman hadith :
- Hadith ini adalah dalil haramnya berpuasa pada hari syak, iaitu hari ke 30 bulan Syaaban.
- Dinamakan hari syak kerana anak bulan tidak kenampakan pada hari itu dengan sebab mendungnya awan atau seumpamanya maka tidak jelas adakah hari itu termasuk Ramadhan atau masih dalam bulan Sya'ban.
- Beribadat tanpa mengikut syariat Allah swt adalah menderhakau Rasulullah saw dan ibadat itu batal dan tertolak.