Tercatat dalam kitab "Syadzraat dzahab fii akhbaari man dzahab" karangan Ibnul Imaad al-Hanbali (1/336), ketika mencatatkan biografi Khalifah Harun ar-Rasyid rahimahullah, berikut nukilannya:
Pada suatu hari Ibnu Samak pernah masuk ke istana Harun ar-Rasyid, maka ar-Rasyid meminta untuk dibawakan air minum untuknya. 
Berkata Ibnu Samak kepada beliau: 
"Wahai amirul mu'minin! Demi Allah, saya bertanya kepadamu, jika seandainya engkau terhalang dari meminum air ini, berapa dirhamkah akan engkau bayar? 
Beliau menjawab: "Dengan setengah kerajaanku". 
Ibnu Samak bertanya lagi: 
" Kalau seandainya setelah kamu meminumnya lantas tidak boleh keluar dari badanmu, berapa banyak akan kamu bayar? Beliau menjawab: "Dengan setengah lagi dari kekuasaanku". 
Ibnu Samak lantas mengatakan kepadanya: "Sungguh kerajaanmu nilainya tidak lebih dari segelas air. Oleh kerana itu tidak selayaknya untuk saling berlumba-lumba untuk mendapatkanya".