1- Keagungan Allah penguasa langit dan bumi, dunia dan akhirat, syurga dan neraka.
2- Keagungan alam malaikat sebagai penghuni langit.
3- Keagungan Rasulullah saw penghulu sekalian para nabi dan rasul.
4- Keagungan para nabi dan rasul yang dimuliakan Allah semasa hidup dan selepas mati.
5- Keagungan Solat sebagai syariat terbesar yang paling dikasihi Allah.
6- Keagungan Baitil Maqdis dan bumi Palestin sebagai pusat dakwah para nabi dan mercu tanda kemuliaan umat Islam.
7- Keagungan maqam ubudiyyah sebagai lambang kepatuhan yang tiada tandingannya dengan penuh kasih sayang kepada Allah.
8- Keagungan tazkiah ( penyucian ) dalaman dan luaran sebagai langkah pertama menuju ke jalan Allah.